
Dear friends,
We would like to cordially invite you (and your friends) to attend for the Annual Grand Meeting: SOLMATE on 26 Nov 2011, Restoren Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur from 5.30 pm to 11.00 pm.
Annual Grand Meeting is very vital for organization sustainability and directions. After almost 17 years, Pokok Sena Science School have been looking for help in developing and helping the school in any means. There are ideas, suggestions, comments, even critiques on this and that for SOLMATE. We are happy with this, but we are more than happy if we have you on board with us, translating this vision into reality. You know this.
Enough talking, let's do something.
( Kindly, please made a payment of RM 40 before 5 Nov 2011 to Mohd Nurhakim Abd Sukur ( Maybank Berhad 1124 - 730 - 23 - 666 ). Then, fill up the confirmation form at http://bit.ly/trrATO OR you can just email/SMS your details (name, IC, payments details, SPM Batch) to This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 010 - 3888 095. For more information, please do hesitate to contact Tuan Hakim at 016 - 234 0476 or Mr. Khairy at 019 - 296 1951. )
Visi dan misi adalah merupakan satu elemen yang amat penting dalam menentukan arah tuju sesebuah organisasi. Saina Old Mates juga mesti mempunyai arahnya tersendiri.
Alhamdullillah. Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izinnya, laman web Alumni versi kedua telah dapat disiapkan setelah tertangguh beberapa lama, rentetan kerosakan sistem pada laman web sebelum ini.
Dengan wajah baru, laman web ini akan terus menyambung fungsi dan matlamat seperti mana sebelum ini, untuk menjadi satu tempat rujukan utama para bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
Laman web ini masih dalam proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Justeru, kami amat mengharap sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan/komen, silalah maklumkan kepada kami, supaya dapat kami mengambil tindakan yang wajar, bagi membaiki prestasi laman web ini.
Wassalam.
PASUKAN RAGBI SAINA MENGEKALKAN KEJUARAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT DI KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERBUKA SEKOLAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2011.

Pasukan ragbi Sek. Men. Sains Pokok Sena, Kedah (SAINA) sekali lagi melakar sejarah setelah muncul sebagai Juara buat dua tahun berturut-turut di Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Terbuka Universiti Sains Malaysia bagi kategori sekolah pada 12-13 Februari 2011 bertempat di padang Kampus Cawangan Kejuruteraan USM ,Transkrian Pulau Pinang. Pasukan SAINA dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menewaskan Pasukan SMK King Edward Taiping di perlawanan akhir dengan jaringan 15-7.
Suku akhir
SAINA Vs SM Teknik Taiping 10-5.
Separuh akhir
SAINA Vs SMK Anderson Ipoh 14-0.
Akhir
SAINA Vs SMK King Edward 15-7
Sebanyak 16 pasukan sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu .Di antaranya ialah SMK King Edward Taiping, Kolej Melayu kuala Kangsar(MCKK) MRSM Balik Pulau.,SM Teknik Taiping, SMK Anderson, MRSM Lenggong Perak.

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang mula beroperasi pada tahun 1995 kini telah menjangka umur lebih 10 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, guru dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.
Dari tahun ke tahun jumlah pelajar yang berjaya dari sekolah kita semakin bertambah. Atas dasar itulah, SOLMATES ditubuhkan, antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali bekas para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sebanyak mungkin untuk menjadi ahli dalam persatuan tersebut.